SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik penghasilan yang digunakan.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
i. Menerangkan konsep grafik.
ii. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran.
iii. Menyatakan prinsip grafik yang berkesan.
iv. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.
v. Menyatakan peralatan penghasilan grafik.
Prinsip Grafik
Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.
Kontras (Contrast)
Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.
Seimbang (Alignment)
Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak formal atau sebaliknya. Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.
Mudah (Simplicity)
Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.
Reka Bentuk Visual
Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.
Elemen
Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.
Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:
i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.
ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut.
iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.
Elemen lisan
Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.
ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.
Elemen Daya Tarikan
Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.
ii.Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.