SINOPSIS
Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
i. menjelaskan konsep media dan media pengajaran.
ii. merumuskan fungsi media pengajaran.
iii. menyatakan pengkelasan media pengajaran.
iv. menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.
Konsep Media Pengajaran
Media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Fungsi Media Pengajaran
Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berikut:
Memainkan peranan sebagai papan hitam.
Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.
c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran,memberi maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan memberi hiburan (entertainment).
d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:
mengurangkan masa penerangan.
murid dapat belajar lebih.
murid dapat mengekakalkan kefahaman.
murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang dipelajarinya.
e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.
Menurut kajian, kadar murid ingat berbeza-beza jika mereka membuat kerja
seperti berikut: Jika,
membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya
mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar
mendengar dan melihat mereka memperolehi 30% dari apa yang didengar dan dilihat
memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar, dilihat dan disebut
membuat, menyebut mereka memperoleh 90% dari apa yang didengar, dilihat dan disebut
Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media
Media pengajaran terbahagi kepada dua:
i. Media cetak
ii. Media bukan cetak
Media Cetak
Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, notanota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk:
i. Memberikan panduan.
ii. Menyampaikan maklumat.
iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.
Jenis Media Cetak
Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:
a. Alat bantu mengajar
Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahanyang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yangterdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkahdemi langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajarandengan mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar bersiri.
Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”picture series” merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.
b. Bahan untuk latihan
Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk ”manual” , ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).
c. Bahan maklumat
Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.
d. Bahan untuk peningkatan ilmu
Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam.
Kebaikan Media Bercetak
Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja.
ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindahpindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.
iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.
iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad yang akan datang.
v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif seperti berikut:
a. Digunakan begitu meluas.
b. Mudah disedia dan diterbitkan.
c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.
d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.
e. Mudah dikemas kini.
f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.
g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.
Kelemahan Media Cetak
Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:
i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.
ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.
iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon atau internet.
Media Bukan Bercetak
Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian (software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.
Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)
Kamera filem 35mm
Kamera video
Perakam audio
Radio
Televisyen
Projektor filem
Projektor OHP
Projektor slaid
Projektor LCD
Projektor legap
Bahan Jenis Perisian (software)
Filem
Transparensi
Kaset audio
Slaid
Perisian komputer
Mikro filem
Bahan Kos Rendah
Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3 dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf, lukisan, fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut:
i. Bahan berbentuk model
ii. Bahan realia
iii. Bahan berbentuk diorama
iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi
v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka bertali.
vi. Bahan mudahalih (mobile)