SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan konsep reka bentuk pengajaran dan juga kepentingan reka bentuk pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan model ADDIE dan model ASSURE dan aplikasinya dalam pengajaran –pembelajaran serta reka bentuk mesej.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
i. Mengenal ciri-ciri reka bentuk pengajaran dan pelbagai jenis reka bentuk pengajaran.
ii. Dua bentuk reka bentuk pengajaran yang utama dibincangkan.
iii. Mengenal dan menghuraikan reka bentuk mesej.
Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Pengertian
Reka bentuk pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur. Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) ,reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.
Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan:
i. Mereka bentuk (deisgn)
ii. Membina
iii. Menilai dan
iv. Menggunakannya
Terdapat juga model reka bentuk pengajaran yang lain seperti:
• ASSURE
• ADDIE
• 9S Gagne Events
• Dick & Carey
• Water Fall
• ARCS Model of Motivational Design (Keller)
• Kemp Design Model
• Organizational Elements Model
Peranan dan Kepentingan
Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran. Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.
Terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran mengikut (Richey, 1986) iaitu :
i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan system
Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008)., pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran, selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta inovatif.
Model Reka Bentuk Pengajaran
Model ASSURE
Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model Assure mengandungi 6 langkah:
i. A : Analyse learner (analisis pelajar)
ii. S : State objective (nyatakan objektif)
iii. S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan)
iv. U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan)
v. R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
vi. E : Evaluate and revise (nilai dan semak)
Analisis Pelajar
Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri.
3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis:
i. Ciri-ciri umum
ii. Kompetensi khusus peringkat masuk
iii. Stail pembelajaran
Ciri-ciri umum:
a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi
b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media
Kompetensi khusus peringkat masuk:
a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk
Stail pembelajaran:
a. Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal
Nyatakan Objektif
i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari.
ii. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran
Pilih Kaedah, Bahan, dan Media
i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:
- Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran
- Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
- Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan
ii. Memilih kaedah:
-Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan)
Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar
iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek:
- Sepadan dengan kurikulum
- Maklumat yang jelas dan tepat
- Menarik minat dan mencetuskan motivasi
- Menggalakkan penglibatan pelajar
- Kualiti yang baik
- Tidak bias
- Mempunyai panduan penggunaan
iv. Mereka bentuk media:
-Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan:
a. Objektif
b. Pelajar
c. Kos
d. Kepakaran teknikal
e. Peralatan
f. Fasiliti
g. Masa
Gunakan Media
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik:
i. Pribiu (preview) bahan
ii. Sediakan bahan
iii. Sediakan persekitaran
iv. Sediakan pelajar
v. Sediakan pengalaman pembelajaran
Libatkan Pelajar
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb.
Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul
Nilai & Semak
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek:
i. Pencapaian pelajar
ii. Pembelajaran yang dihasilkan
iii. Menilai media dan kaedah
iv. Kualiti media
v. Penggunaan guru dan
vi. Penggunaan pelajar
Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan kepada;
i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria
ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
iii. Sikap pelajar
Menilai Kaedah Dan Media
Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah:
i. Adakah media berkesan?
ii. Bolehkah dipertingkatkan?
iii. Adakah ia berguna?
iv. Adakah ia membantu pelajar mencapai objektif?
v. Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
vi. Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?
Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui:
i. Perbincangan dengan kelas
ii. Temubual dengan setiap individu
iii. Pemerhatian
Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat:
i. Penilaian formatif
ii. Penilaian sumatif
Model ADDIE
Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang dikumpul. Ia juga menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.
A= Analysis
D= Design
D= Development
I =Implementation
E= Evaluation
Analysis Phase (Peringkat Analisis)
Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan pengalaman lepas murid.
Design phase (Peringkat Reka Bentuk)
Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran, penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran yang telah disampaikan.
Peringkat Perkembangan
Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.
Peringkat Implementasi
Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai dan bentuk ujian.
Peringkat Penilaian
Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid.
Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentukpengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran. Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.
Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada
tiga komponen iaitu:
Mesej
Bentuk mesej
Saluran mesej