Pemilihan Media Pengajaran
Pemilihan Media Pengajaran ,Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran.
Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,
a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).
ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh digunakan.
iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran.
iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan menggunakanm beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya.
v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.
vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.